Rujukan Exam Separa Perubatan

Khamis, Oktober 22, 2015

Kenapa penemuduga tanya soalan berulang?

Salam sejahtera,



Mungkin Anda ada pengalaman
menghadiri banyak temuduga.
Salah satu daripada penemuduga
tersebut ada memberikan soalan
yang seakan-akan sudah
ditanya sebelum ini.

Anda rasa mengapa?

Kita tinggalkan dahulu persoalan
tersebut dan lihat pada 3 lagi
kategori temuduga yang Anda
perlu ambil tahu.


4. Temuduga rasmi atau tidak rasmi

Sesetengah temuduga akan berjalan
dengan formal atau tidak formal.
Soalan ang ditanyakan hanya
berkisar tentang minat Anda.

Penting untuk Anda ingat bahawa
penilaian sentiasa berjalan dan topik
yang dibincangkan haruslah bersih.


5. Temuduga sekuel

Sebahagian temuduga beralih kepada
penemuduga yang berbeza. Setiap
dari mereka mempunyai set ujian
kompetensi yang berlainan.

Sekiranya Anda ditanyakan
soalan yang sama, pastikan jawapan
yang diberikan sama panjang
seperti jawapan terdahulu.


6. Temuduga makan tengahari atau makan malam

Ini bukan sekadar ajak untuk makan
semata-mata. Anda perlu waspada
kerana bakal majikan bukan sahaja
mahu menilai sikap tetapi adab Anda
semasa di meja makan.

Sentiasa bersiap sedia supaya
Anda dapat menjawab
sebarang soalan yang diajukan
tanpa mengabaikan makanan
yang ada di atas meja.


7. Temuduga kedua

Tahniah, Anda sudah lulus temuduga
yang pertama! Jadi temuduga kedua
ini tidak boleh dipandang rendah
kerana lebih sukar untuk
menghadapinya.

Anda buatlah persiapan yang
sama seperti temuduga yang
pertama.

Anda akan ditanya mengenai
bayaran gaji, bonus dan cuti. Semua
perkara ini perlu Anda
bincangkan dengan bakal
majikan.


Sebelum saya mengakhiri emel
kali ini, saya harap Anda
dapat melihat kembali 4 kategori
emel di atas dan faham mengapa
penemuduga menyoal Anda
beberapa kali.

Jika Anda tidak jumpa
jawapannya, sila baca
kembali emel ini.


Anda boleh mendapatkan
panduan temuduga  kerja yang
dapat membantu Anda
untuk persiapan temuduga.

Dengan panduan ini, persiapan
Temuduga Anda akan
menjadi lebih mudah :

DAPATKAN PANDUAN INI


Baiklah ANDA, jumpa lagi
di update yang akan datang
dengan tajuk “Teknik dan
Tips Temuduga”.

Salam sukses untuk Anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan