Rujukan Exam Separa Perubatan

Rabu, September 30, 2015

[PERCUMA] Muatturun sekarang!

[Muatturun] 30 Senarai Agensi Kerajaan

Email ini ringkas, dah muatturun
senarai 30 Agensi Kerajaan ini?

Terus ke;

[+] SINI


Semak dan cuba lihat sama ada
terdapat kerja kosong di laman
web mereka atau tidak.

Kalau ada, itu peluang untuk
anda. Kadang ramai terlepas
pandang peluang kerja di agensi
kerajaan. Sekali lagi;

[+] SINI


Jumpa lagi!

Selasa, September 29, 2015

Dah download senarai percuma ini?

[Percuma] Download untuk kerja kerajaan



























Salam sejahtera

Tiap tahun ribuan yang gagal 
exam SPA. Bukan ribuan sebenarnya
'RATUS RIBUAN'

Yang bagusnya graduan tak berputus 
asa. Ada yang cuba sehingga 7 kali 
baru lepas dan menjawat jawatan 
kerajaan

"What you focus will expand"


Tak putus asa dan akhirnya sampai 
ke puncak..

...untuk kerja kerajaan!


Tapi kan, kenapa hanya fokus 
untuk masuk kerjaya kerajaan 
melalui SPA saja?

Banyak lagi saluran lain 
selain SPA. Anda boleh semak 
dan muatturun 30 Saluran Alternatif 
untuk masuk kerjaya kerajaan di;

http://jvsecurepay.com/access/18jl/24423


Ianya dalam Microsoft Excel, jadi 
untuk yang tiada excel problem 
sikit kot.

Tak pasti lah sebab saya memang 
boleh buka sebab ada Excel. Cuba 
download dan buka di komputer anda;



http://jvsecurepay.com/access/18jl/24423



Harap boleh buka dan bermanfaat :)


Ikhlas

Lan Unic

Ahad, September 27, 2015

Job Vacancies in Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)

Career Opportunities:
Incorporated in 1998 by the Ministry of Finance, the Government-owned Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) was set up to facilitate, undertake and expedite public infrastructure projects. Prasarana and its group of companies are also asset-owners and operators of the Ampang and Kelana Jaya light rail transit (LRT) lines, KL Monorail, as well as bus operations in the Klang Valley, Penang and Kuantan.





---------------------------------------------------------------------------------------------


Ramai yang terkejut dan takut apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Kini rasa takut bakal dihilangkan! 
Ebook ini membantu pengguna untuk lakukan tindakan awal selepas mereka dipanggil ke temuduga.
Kami di InfoKerjaya sentiasa membantu bakal-bakal calon bagi menghadapi situasi begini dengan info-info berkaitan Tips-Tips berjaya temuduga serta banyak lagi panduan-panduan berguna demi kejayaan calon itu. 

Ketahui Rahsia Bijak Temuduga

+ info tambahan: http://infotambahan.com/rbt/24423/extra



Isnin, September 21, 2015

Sebelum Kerja Kerajaan Anda Perlu Tahu Ini

[ 4 Status Kerja Kerajaan ]


Sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu hal ini

Sebelum anda memohon jawatan dalam kerja kerajaan, anda perlu membuat tinjauan atau kajian yang terperinci kerana sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu hal ini. Ianya akan memberi impak kepada kerja anda di masa yang akan datang sekiranya anda ambil mudah perkara ini.

1. Kontrak perkhidmatan bertulis. Dalam kontrak ini terkandung beberapa maklumat penting iaitu nama majikan, jawatan pekerjaan, tarikh diterima berkhidmat, gaji permulaan, syarat dan masa bekerja, jumlah cuti, jumlah cuti sakit yang bergaji, faedah perubatan dan notis berhenti kerja.



2. Akta Pekerjaan 1955 membuat ketetapan bahawa penyata gaji perlu disertakan bersama gaji pekerja. Dalam penyata tersebut perlu ada maklumat seperti gaji, bayaran kerja lebih masa, elaun, bonus, potongan KWSP dan PERKESO. Gaji pekerja haruslah dibayar dalam tempoh tidak lewat daripada hari ke 7 selepas hari terakhir setiap bulan.



3. Cuti umum. Setiap penjawat awam berhak mendapat cuti sekurang-kurangnya 10 hari cuti umum bergaji, 4 daripadanya termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Pemerintah Negeri atau Wilayah Persekutuan dan Hari Pekerja. Sekiranya anda ditimpa sakit pada hari cuti umum, anda boleh menuntut hak cuti bergaji di hari yang lain.



4. Tidak datang bekerja. Sekiranya anda tidak hadir bekerja di kementeria, jabatan atau agensi kerajaan melebihi 2 hari berturut-turut tanpa kebenaran dari majikan, anda sudah dikira melanggar kontrak perkhidmatan. Sebaik-baiknya anda perlu mengemukakan bukti mengapa anda tidak hadir dan maklumkan perkara tersebut pada ketua jabatan anda.

Klik sini untuk kerja kerajaan , RUJUKAN

Sabtu, September 19, 2015

Jenis temuduga yang perlu anda tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.



1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.  Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.

4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda  lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

Rujuk Info Lanjut: SINI

Jumaat, September 18, 2015

TIDAK SEMUA TEMUDUGA SAMA

Sebagai seorang pemburu kerjaya, anda pasti mempunyai beberapa tawaran temuduga kerja yang lebih baik. Bukan semua temuduga terdiri dari jenis yang tradisional, di mana anda hanya berhadapan dengan seorang penemuduga. Anda mungkin dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel, diberikan temuduga dalam bentuk tekanan, temuduga yang perlukan anda membuat pembentangan dan temuduga skrin.


Apa pun bentuk temuduga yang anda perlu hadapi, matlamat yang sentiasa perlu ada ialah anda menjadi calon yang terbaik. Memiliki pengetahuan lebih daripada orang lain akan membantu anda membuat persediaan dengan lebih berkesan.

1. Temuduga skrin. Sebelum pergi ke temuduga, anda akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan untuk memanggil anda atau tidak. Jadi anda perlu membuat persediaan yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

2. Temuduga panel. Adalah menjadi satu perkara yang bakal memberi tekanan apabila anda bakal berhadapan dengan seorang atau mungkin dua orang, atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan anda akan memberikan lebih banyak pendapat tentang anda.

Tugas anda ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan “eye contact” dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan anda kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.

3. Temuduga tekanan. Anda diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah anda. Semasa anda cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi meninggalkan anda. Tiada penjelasan diberikan.

Anda ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan anda di bawah tekanan untuk melihat bagaimana anda memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan terhadap anda tidak akan membuatkan anda kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan anda. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang anda menghadapinya.

4. Temuduga kes. Bakal majikan anda akan memberikan topik atau permasalahan untuk anda bentangkan sebelum anda hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana anda berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda ada sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakan penonton anda, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.

5. Beauty Parade. Bakal majikan anda bercadang untuk mengambil anda sebagai pekerja, namun beliau mahu anda berjumpa dengan beberapa orang individu. Kini anda berada dalam “beauty parade”, jadi anda harus lebih terampil. Penampilan pakaian anda harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil anda bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.

6. Persembahan konsisten. Bermula dari temuduga skrin hingga ke proses temuduga, anda perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Anda sudah pun faham kesemua format temuduga yang sedang dihadapi. Anda tahu apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana cara yang terbaik untuk bersedia.

Menjadi diri sendiri semasa ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten. Bakal majikan akan mula mempercayai anda dan mula berasa selesa. Secara semulajadinya, anda akan menjadi diri yang terbaik tanpa mengira apa sahaja bentuk temuduga yang dilontarkan dalam perjalanan anda.



Dapatkan keterangan seterusnya di S I N I !

P.S – Ketahui pentingnya persedian awal.

Khamis, September 17, 2015

Jenis temuduga yang perlu anda tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.  Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.

4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda  lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

Selasa, September 15, 2015

Cara jawab soalan yang biasa ditanya dalam temuduga












































1. Beritahu tentang diri.

Soalan ini ringkas, tetapi ramai calon
yang gagal menjawabnya.

Berikan jawapan yang ringkas
dengan memberi 2 atau 3 pencapaian
yang menandakan berada
dalam skop kerja yang dimahukan
oleh penemuduga.

Sudahi perbulanan dengan
perkara yang meletakkan
dengan tugas yang spesifik.


2. Bagaimana tahu syarikat ini?

Apa yang  tahu tentang
syarikat bakal majikan? Jawapan ini
boleh didapati dalam laman web
syarikat.

Boleh menjawab dengan
menyatakan matlamat syarikat, visi
dan misi.


3. Mengapa mahukan kerja ini?

Perlu ingat, syarikat ini
mahukan individu yang berminat
dengan jawatan yang ditawarkan.

Perlu sediakan jawapan
yang terbaik mengapa mahu
posisi tersebut.

Masukkan beberapa faktor yang
membuatkan layak
mendapatkan jawatan yang
ditawarkan.

Boleh katakana bahawa
gembira membantu
orang lain menyelesaikan masalah.

Dan mahu menjadi
sebahagian daripada syarikat
untuk belajar dan melakukan
sesuatu perkara yang bermakna.


4. Kenapa kami perlu ambil bekerja?

Boleh katakana bahawa
hanya yang mampu
menjawat jawatan ini, boleh
memberikan keputusan yang
cemerlang dan
lebih baik daripada calon
yang lain.


5. Apakah kekuatan profesional yang miliki?

Perlu jujur untuk menjawab
soalan ini. gunakan jawapan yang mahu
benar, bukan mahu didengar oleh
penemuduga.

Sertakan kelebihan yang
releven kepada kriteria jawatan
tersebut dan lebih spesifik seperti
komunikasi persuasive atau
“relationship building”.


Adakah mendapat manfaat
dari perkongsian emel ini?

Dan mahukan lagi
tips temuduga dari kami?


Sila balas dengan email dengan tajuk
“saya nak lagi tips temuduga”

Salam sukses,

Sabtu, September 12, 2015

Hendak Lulus Exam Kerja Kerajaan

Mungkin anda masih ragu-ragu
untuk melakukan pembelian
Separa Perubatan untuk sesi
peperiksaan 14 SEPT ini.
































Sebenarnya anda tiada risiko
dalam pembelian ini kerana;

1 - Jaminan Pulangan Wang
>> Pembelian anda diberikan jaminan
yang jika anda rasakan ianya langsung
tidak membantu anda dalam tempoh
7 hari selepas pembelian anda
boleh mohon untuk dapatkan
wang anda semula

2 - UPDATE percuma 3 tahun.
>> Sebenarnya kita mahu anda
lulus dan tidak mahu anda berputus
asa. Jika anda gagal tahun ini
dan dipanggil untuk exam sesi
seterusnya untuk jawatan Separa
Perubatan ini, anda tak perlu beli
semula rujukan ini. Update PERCUMA
selama 3 tahun untuk anda!

3 - Tim Infokerjaya sangat dipercayai
>> Tim Infokerjaya telah membantu
lebih 65,000 orang calon sejak
tahun 2009. Ini adalah tahun
yang ke-7!

Lihat testimoni telus ini. Ada yang
lulus dan ada yang gagal. Tapi
kami cuba bantu sebaik mungkin.
Ini untuk beberapa jawatan SPA
tahun 2014 sahaja;

>> Exam Penguasa Kastam
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/semak-result-exam-penguasa-kastam-2014

>> Exam Akauntan
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/keputusan-peperiksaan-akauntan-w41-2014

>> Exam Pegawai Arkib
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/pegawai-arkib-semak-keputusan

>> Exam Penolong Penguasa Kastam
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/keputusan-peperiksaan-online-penolong-penguasa-kastam-w27

>> Exam Pegawai Teknologi Maklumat
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/penolong-pegawai-teknologi-maklumat-semak-keputusan

>> Exam Pegawai Penerangan
[+] http://rujukankerjaya.com/2014/pegawai-penerangan-semak-keputusan-2014

+ + + + + + + +

Itu kisah mereka. bagaimana pula
kisah anda?

Serius kami mahu anda berjaya dan
kami ada pengalaman yang mahu
dikongsikan bersama anda.

Ada ribuan lagi kisah kejayaan
tetapi semua itu tidak bermakna
untuk masa depan anda. Langkah
untuk berjaya dengan USAHA dan
bukan HANYA HARAPAN

Ini antara usaha yang anda perlukan;
DAPATKAN RUJUKAN

Jualan akan ditutup dalam
masa terdekat. Buat pembelian
anda sekarang!

DAPATKAN RUJUKAN

P / S - Dah bertahun Tim Infokerjaya
membantu graduan.

Jumaat, September 11, 2015

Untuk Anda yang akan menduduki EXAM SEPARA PERUBATAN 14Sep,2015



Semak nama anda di SPA

































SPA dah buat panggilan untuk
kemasukan kerja kerajaan
tahun 2015

Adakah nama anda di panggil?
Buat semakan terus di laman SPA
melalui;
http://e-semakan.spa.gov.my/

Jika nama anda ada di sana, REPLY



Mungkin ada sesuatu yang saya
boleh bantu anda?

Dapatkan DI SINI

Khamis, September 10, 2015

15 sebab gagal temuduga




1. Imej kurang professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

Ingat, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih ramah dan santai

Anda berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Relak…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Fokus kepada perkara yang menghilangkan perasaan gentar anda.

Terdapat calon yang cuba hilang- kan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

Jika tidak, kekalkan tahap normal anda. Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Relak..anda bukan dihukum. Anda hanya disoal.


3. Lagak gaya berlebihan

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, anda juga harus professional. Berlebih- lebihan tidak membantu anda.


4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya anda. Ini mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.

Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat palsu dalam resume

Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Ada kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume anda pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada anda tentang maklumat yang anda tulis dalam resume anda.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana anda mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… awas!


6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.

7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil anda ke temuduga untuk berkomunikasi dengan anda dan melihat bagaimana anda berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak.

Pastikan anda berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri anda. Mereka berniat membantu anda dalam pekerjaan. Anda harus bersikap terbuka.

8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan anda nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk anda. Jika anda bosan, elakkan daripada menampakkan diri anda bosan kerana itu mencerminkan sikap anda.

Mereka tidak memberitahu anda jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan anda.

6. Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama anda untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.
Satu, anda tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi anda dalam menjalankan dengan baik.

Oleh itu, bertanya mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Jika anda berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.

7. Merayu dan berlakon drama sedih

Usah merayu dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan anda amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki anda. Jika disitu bukan tempat anda, itu bermakna tempat anda adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal.

8. Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta anda membuat keputusan dalam masa yang singkat. Anda perlu yakin dengan jawapan anda.

Menangguh jawapan supaya anda boleh bertanya kepada pihak lain menandakan anda masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Ada masanya anda perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan. Di sini ia menandakan anda bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan anda.


9. Tiada lesen kenderaan

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.

10. Diam berbahasa inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda.

11. Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal anda tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang anda mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”

Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti anda dalam menguruskan situasi yang berlaku.


12. Tidak mengkaji syarikat / jawatan

Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”

Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus anda peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.

Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga anda menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.

13. Menggunakan bahasa pasar

Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.

Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan anda diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga. Ingat, mereka yang menemuduga anda adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada anda.

Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.


Bonus : hargai panel temuduga

Manusia suka dihargai. Anda juga begitu. Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga anda. Bukannya terus beralih dan terus beredar.

Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk anda menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah. Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan anda.

Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.

14. Terlalu ‘demand’

Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan anda gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk anda.

Tidak salah untuk ‘demand’ jika anda sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga anda untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.

‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?

15. Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar. Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal anda dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan anda dalam politik negara.

Bersederhanalah. Usah kerana politik anda tidak diterima kerja.

INFO LENGKAP DAPATKAN DI SINI